Tentang Kami

Pusat Fizik Zarah Kebangsaan (NCPP) ditubuhkan pada tahun 2013 dan dianjurkan oleh Universiti Malaya (UM) untuk memudahkan dan menumpukan kerjasama ilmiah dan penyelidikan dalam bidang fizik zarah di Malaysia. Dengan ini, penyelidik-penyelidik fizik zarah tempatan dan pemain industri dapat menggunakan kemudahan dan rangkaian antarabangsa NCPP. Ia adalah sebahagian daripada Konsortium Sains Kebangsaan.

NCPP menguruskan penyelidikan, pemindahan teknologi dan pengembangan bakat yang melibatkan kolaborator antarabangsa yang merangkumi European Organization for Nuclear Research (CERN) di Switzerland, Deutsch Elektronen-Synchrotron (DESY) di Jerman, High Energy Accelerator Research Organization (KEK) dan eksperimen Coherent Muon to Electron Transition (COMET) di Jepun.

NCPP berurusan dengan bidang-bidang penyelidikan utama berikut: fizik zarah eksperimen dan teori; fizik tenaga tinggi; teori kerelatifan am dan pengesan graviti; analisis data fizik zarah; pengkomputeran berprestasi tinggi dan perbincangan metafizik.

Hubungi Kami

Pusat Fizik Zarah Kebangsaan
Aras 4, Kompleks Pengurusan Penyelidikan & Inovasi,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur,
Malaysia.
+603-7967 7808
ncpp_my@um.edu.my
@ncpp_um
my.ncpp
@ncppmy