National Centre for Particle Physics
Pusat Fizik Zarah Kebangsaan
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

 

 

 

 

Kajian di perbatasan tenaga melihat fenomena pada tenaga tertinggi agar zarah-zarah terberat dapat dihasilkan.

 

Pelanggar Hadron Besar (LHC) di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneva, Switzerland menghentam proton ke atas proton hampir pada kelajuan cahaya. Tenaga perlanggaran pada pusat jisim ialah sehingga 14 TeV.

 

CMS ialah pengesan zarah serbaguna di LHC. NCPP merupakan ahli pakatan CMS.

 

Di antara kajian warga NCPP dalam CMS ialah pencarian higgs tambahan, pencarian jirim gelap, dan kajian QCD lembut.