National Centre for Particle Physics
Pusat Fizik Zarah Kebangsaan
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

 

 

 

 

Kajian di perbatasan keamatan melihat fenomena pada kadar tertinggi agar fenomena yang sangat jarang berlaku dapat dicerap.

 

SuperKEKB di Makmal Penyelidikan KEK di Tsukuba, Jepun melanggarkan elektron dengan antielektron pada tenaga Upsilon dengan kadar tinggi, menghasilkan trilionan meson B dalam reputannya. Belle II ialah pengesan zarah serbaguna di SuperKEKB.

 

Persoalan utama kajian Belle II termasuk:

 

NCPP merupakan ahli pakatan Belle II, dan juga Belle, eksperimen serupa sebelum Belle II. Di antara kajian warga NCPP dalam Belle II ialah reputan B → η l+ l- dan B → K* l+ l- di mana l ialah samada (anti)elektron atau (anti)muon.